Sunday 2 December 2012

Pulau Bunting - place never been !!!


Dulu kalau hendak ke Pulau Bunting kita perlu menyewa bot atau perahu. Tetapi pada sekitar tahun 2004, sebuah jambatan yang menghubungkan daratan dan Pulau Bunting telah siap dibina. Panjang jambatan ini lebih kurang 1.5 kilometer. Sehingga kini kami belum tahu tujuan sebenar jambatan ini dibina. Jambatan ini dikatakan salah satu dari projek 'gajah putih' di negeri Kedah ini. Tetapi apa yang ingin ditulis di sini bukan mengenai kegagalan projek ini tetapi mengenai Pulau Bunting yang sememangnya satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah dan salah satu tempat tumpuan bagi kaki pancing.
Active ImageLokasinya terletak  di antara pekan Sungai Limau dan Sedaka . Untuk sampai ke sini, kita boleh menggunakan jalan yang menuju ke Kuala Sedaka atau sebatang jalan menuju ke pantai yang berdekatan dengan Pekan Sungai Limau. (Semasa artikel ini ditulis) Keadaan jalan menuju ke Pulau Bunting ini kurang elok dan tidak bertar. Pernah suatu ketika dulu berita tv menyiarkan tentang keadaan jalan ini, tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Anda boleh pilih hendak menggunakan jalan yang mana satu kerana keadaan kedua-dua jalan tidak banyak berbeza.

Dari atas jambatan kita dapat melihat pemandangan indah Gunung Jerai dari arah laut. Jika cuaca terang, menara pemancar dan banggunan yang ada di puncak Gunung jerai juga boleh dilihat dengan jelas. Selain itu, beberapa buah pulau berdekatan seperti Pulau Telur, Pulau Songsong dan beberapaActive Image pulau lain jelas kelihatan dari atas jambatan.

Di bahagian pulau pula, tempat yang dilihat sering dikunjungi ialah pantai di sebelah selatan pulau. Ini kerana beberapa tempat di bahagian ini berpasir. Ada sebuah rumah kosong dan jeti usang di situ, ada yang mengatakan dulu ia menjadi tempat tentera laut mendarat dan membuat latihan tetapi tidak diketahui kesahihannya. Kebanyakan tepi pantai pulau ini berbatu, dan tidak sesuai untuk mandi manda.

Ada juga pengunjung yang datang berkhemah diActive Image pulau ini, mereka terdiri dari pemancing-pemancing yang  datang memancing. ada yang datang bersama keluarga dan rakan rakan, Kebiasaaanya lokasi mereka memancing ini jauh ke tengah pulau. 

Waktu yang paling ramai orang berkunjung ke sini ialah pada waktu petang, ada yang datang sekadar jalan-jalan, berjoging dan memancing. Apabila menjadi tempat tumpuan ramai, aktiviti perniagaan menjual makanan dan minuman seperti keropok lekor, rojak dan makanan lain di sini, ia sekaligus menjana ekonomi penduduk setempat.

Sebagai tempat tumpuan pengunjung, pasti tidak terlepas dari kehadiran remaja dan muda-mudi. Apa yang menjadi masalahnya sesetengah daripada mereka mengambil kesempatan  menjadikan tempat-tempat sebegini sebagai tempat untuk tunjuk dengan aksi mat rempit dan tempat untuk berasmara. Ini akan menjejaskan imej tempat ini sebagai bakal tempat tumpuan pelancong. Sebagai penduduk tempatan, tunjukkan imej kita sebagai penduduk yang bersopan santun dan menghormati tetamu. 

Mungkin sikap 'Takpa' menebal dalam diri, ada sesetengah pemancing yang mengotorkan atas jambatan dengan sampah dan  sisa umpan seperti tulang ikan dan kulit kerang dibiarkan  ditempat memancing. Kalau pemancing lain boleh menjaga kebersihan tempat memancing, mengapa tidak anda? . Kita kena ingat, semasa kita datang keadaan tempat kita memancing itu bersih, semasa kita hendak pulang pun kita perlu pastikan ia bersih kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita semua.

Diakhir penulisan, kami percaya Pulau Bunting mampu menjadi Destinasi pelancongan yang menarikActive Image dan boleh memberi faedah kepada penduduk negeri Kedah terutama dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Perbaiki jalan masuk ke pulau, bina kemudahan awam seperti surau, tandas, kemudahan penginapan dan kawalan pemantauan keselamatan, kami percaya Pulau Bunting akan tersenarai sebagai destinasi wajib yang harus dikunjungi oleh pelancong jika berkunjung ke negeri Kedah Darul Aman ini.

Nota: Pada masa Jambatan Pulau Bunting dibuka sehingga sekarang, ia bukan untuk kegunaan awam. Oleh itu, mengunakan jambatan ini adalah atas risiko anda sendiri.

Wey langau ! betol punye pailang nampak !!

~nanti gua kasi gua punya SENGAAAATTTT~
Pada usia 6 tahun - " Mak, saya sayang mak!"
Pada usia 10 tahun - "Mak, apa-apa la"
Pada usia 16 tahun - "Mak saya merimaskan!"
Pada usia 18 tahun - "Saya nak tinggalkan rumah ini!"
Pada usia 25 tahun - "Mak, memang betul cakap mak selama ni~"
Pada usia 30 tahun - "Saya nak pergi rumah mak"
Pada usia 50 tahun - "Saya taknak kehilangan mak!"
Pada usia 70 tahu
n - "Saya akan lakukan apa sahaja untuk
mak berada di sisi saya"

Anda cuma mempunyai SEORANG Mak. Hargai MAK anda~

Sila SHARE di wall anda sebagai tanda anda menyayangi MAK anda ..

Wey langau ! betol punye pailang nampak !!

Friday 15 June 2012

~~cuti bakal berakhir,Cerita cuti BERMULA~~

salam....nie serba sedikit cerita aku sepanjang cuti nie...
First apa yang au buat mas cuti is....aku pi kursus asas JPAM(PERTAHANAN AWAM) siri 10/2012...so sekarang nie aku salah seowg anggota sukarela JPAM.....best gak,ia dpt bertugas dan dapat elaun...huhu..


Second aku pi jadi sukareawan utk Himpunan Jutaan Belia,kat putrajaya

nie geng PTSB yg menjadi sukarelawan....aku suka berkerja dgn depa....sempoi.

3rd...aku pi bukit merah dgn meon n friend...best la.

.cuti pun dah nak abis nie.hope cuti next semm will be enjoy with result yg cermerlang......huhuhuhu.alhamdullah 3.57 untuk sem nie...kena maintain,insya Allah.

Friday 18 May 2012

baru rasa nak cerita.(KEM PERSONALITI UNGGUL)

sebenarnya benda yg nak ku cerita nie dah lama berlalu....tp mungkn hri nie bru ada semangat nak tulis kan....benda nie adalah pasal program yang aku pi yang memberi aku impact yg tersangat lah besar bagi aku iaitu program KEM PERSONALITI UNGGUL yang telah diadakan D'puncak Beris Lake Resort.
Secara ringkas,progam nie memang best sangat2... dalam kem nie begitu menitik beratkan dalam hal2 kepimpinan. Dalam kem nie kepimpinan setiap owg terserlah. kem nie menguji semua aspek kepimpinan yang perlu ada dari segi mental fizikal rohani dan jasmani...paling aku akan ingat kata2 abg Paizwan iaitu "....seorg pemimpin akan jatuh disebabkan tiga benda,HARTA,WANTIA,PANGKAT". aku pun xtau kenapa kem impact kepada aku....tp aku yakin benda nie menguatkan aku....itu harapan aku..hanya yang mengenali aku tahu apa yang berlaku selepas kem nie.secara jujur agak pelbagai perasaan ada dalam penulisan ini....aku xmampu lg menulis dlm entry nie.

gambar sekitar program






.

Sunday 4 March 2012

PEMIMPINKU HEBAT ASRAMAKU SEJAHTERA

SALAM BERMULA PEMBUKA....PHAS 2 telah berlangsung pada 2 - 4/3/2012 dekat politeknik tuanku sultahan bahiyah....start pada malam 2/3/20132..dgn aktivit pertama bermula dgn ice breaking di Dewan Kuliah Utama...mencipta kumpulan sendiri.kumpulan aku di bernama 2GETHER....best sgt.ahli kumpulan aku spoting2..Atika,erra,nad,iteri...itu ahli kumpulan aku pada awal punya...pada mulanya kami kena pi kafe utk mkn dan siapkan BENDERA,TAG LINE,MOTTO,VISI....then dh abis,kami pun balik ke DKU blik....bermula dari situ startlah masa perbentangan.kumpulan member kelas aku bentang dulu...then commet dari juri berlangsung....tiba2 ada penyigkiran lak...aku tiba2 HENG...apakah semua nie....?ada tersingkir la...seterusnya kumpulan aku....bentanglah kami semua seorang sikit...kami hanya diberi masa 2minit sahaja nak bentang segalanya...dari nama kumpulan sampai bendera....Comment2 dari juri Etri dari kumpulan aku tersingkir.....sedih sgt...etri menangis2 gak la...then abis semua bentang...kami pun berkumpul di luar utk diberi penginapan....."HOTEL" katanya.....kami dapat task untuk dapatkan dimana hotel tu berada...klu kami PEKAN RABU...bincang2 pekan rabu adalah DATARAN PTSB.ok...sampai kat sana kami pun kena lah pasang hotel kami sendiri....hotel tu khemah la..huhuhu.dari mula tau dah..huhuhuh...Keesokan harinya bermula...aktiviti pertama adalah LDK...then belajar cmna nak wat kertas kerja...so belajar la kami....best gak..benda tu xasing bg aku...so sebagai ulang kaji la...what a suprise....kami ada main2 game sikit....tiba dalam game nie ada ditetapkan untuk sapa jadi ketua program,pen.ketua program....task nya....kami ditugasakan utk mengadakan dinner pada VVIP iaitu....AJK dan Fasi....dalam masa kurang 6JAM dan RM200 membuat jamuan makan utk lbeh kurang 70orang...gila kan....aku dapat tugas dalam ajk peralatan dan multimedia....aku berganding dengan erra dan atikah bergerak mencari barang...kami pi beli barang...best dapat berkerja dgn depa...Menu kami...Ayam BBQ,nasi goreng cina dll....best...malam tu dikira berjaya la...walaupun banyak gimik2 yg dibuat oleh ajk kan...postmotem diadakan pada akhir malam tu...semua luahkan perasaan masing2...paling touch sekali team member aku atika tangan dia kena kaca masa basuh pinggan...menangis2 dia luahkan perasaan dalam sesi tu...selepas melangkah keluar dari DKU tu semua masa ditinggalkan....abis sampai situ...

keesokan harinya..hari terakhir...PHAS 2 bergerak ke ZOO TAIPING...hehehe.best...kami sampai sana melawat "rakan"heheh....kami diagihkan kumoulan...aku dapat kumpulan untuk bersihkan kandang memerang best...pengalaman baru bg aku.....abis kerja kami berkumpul...then makan tengahari..kami start aktiviti laen lak..kami naek train pusing2 zoo...lepas tu sepatutnya kami dapat pi tasik taiping....tp ujan lak..xmengizinkan...xpa la....sebelum balik majis penyampaian hadiah diadakah...GEMBIRANYA aku                 kumpulan aku dapat no1....best...

syoknya....aku sebagai abang long...suka sgt..then kami gak da dpt seorang satu cenderahati....kami dapat MUG...pada mug tu kami kena Tandatangan pada mug tu...
best....abis semua dah selesai kami pun gerak utk balik....sebelum tu kami pi makan dulu....kami pi makan kat kuala sepatang...makan mee udang...perhh...udang jgn cakap la....
besar giler udang dia....best la..puas.!!
abis makan kami pun balik....sampai poli penat giler....weekend yg memenatkan tapi menyeronokan.....best giler...thanks pada semua ajk dan semua yang terlibat....aku rasa hubungan aku denga orang2 penting kat poli nie bertambah erat rasa nya.....

gambar sekitar program selebihnya blh tgk di Facebook aku k...








Tuesday 28 February 2012

#T>E>S>T#

hari ni aku BERMULA dengan baik sekali...smbhyg subuh dan terus ke kelas Ukur kejuruteraan(kelas survey). first kelas diMULAkan dengan kuliah pasal ukur sudut...hari belajar pasal bering,cmne nak kira tarikan tempatan  dan sebagainya....huhuhu.then after that start lak ujian amali....ujian bering....
markah yang aku dapat blh than 12/15....kurang 3 markah sbb xdok betul2 pada station or perket dia....sayang la....rugi la sikit....tp tetap syukur...then pi makan..tiba2 hujan lak....lebat gak....pehhh.sejuk.nak tido tp ada kelas lak...xpe la....korban k..

















kesimpulan untuk cerita nie....syukur pa yg di miliki.redha apa yang berlaku....